Photobucket

Isnin, 14 Februari 2011

Dia Kekasih Allah

Malu rasanya mengatakan cinta kepada dia kekasih Allah........lirik nasyid oleh kumpulan Hijjaz. Lau kana bainana? Kita mengaku sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w tetapi kurangnya kita berselawat kepada Baginda s.a.w walaupun sekali dalam sehari. Namun begitu kita sering menyatakan bahawa Baginda s.a.w adalah kekasih kita, tetapi adakah Baginda akan mengaku kita sebagai kekasihnya sekira kita tidak mengamalkan sunnahnya dan ajaran Islam yang disampaikan oleh Baginda s.a.w hanya sekadar manis dibibir bukannya manis di hati dan amalan kita. Nauzubillah....semoga kita juga menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w yang terbaik di muka bumi ini...InsyaAllah. Salam maulidur Rasul...perbanyakkanlah selawat serta amalan-amalan lain di samping mengerjakan segala suruhan perintah Allah s.w.t serta menjauhi kemungkaran semoga kita beroleh syafaat Baginda s.a.w di Ahirat nanti dan beroleh balasan Syurga yang penuh dengan kenikmatan...InsyaAllah.